Rabu, 18 Januari 2012

Sejarah Tabika Kemas Isyraq Kg Mawai Baru



Sekolah Tabika Kemas Israq Kampung Mawai Baru mula mendapat bangunan sendiri pada tahun 1996. Sebelum mendapat bangunan sendiri iaitu pada tahun 1980-an Tabika Kemas Isyraq hanya menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kampung Mawai Baru. Pada waktu itu, guru yang di tugaskan untuk mengajar di Tabika tersebut ialah Cikgu Rahimah. Selepas  beberapa tahun menumpang di bangunan Sekolah Rendah Kampung Mawai Baru, Sekolah Tabika Kemas Isyraq telah berpindah dan menumpang di bangunan Sekolah Agama Kampung Mawai Baru. Oleh kerana bangunan Sekolah Agama Kampung Mawai Baru tidak mencukupi kelas untuk menampung jumlah murid yang semakin ramai, kelas Tabika terpaksa menumpang pula ke Balairaya Kampung Mawai Baru dan kadang kala terpaksa berkongsi dengan penduduk kampung yang mengadakan program kemasyarakatan di Balairaya tersebut. Pada Tahun 1996 Balairaya tersebut telah di serahkan kepada pihak Tabika Kemas oleh Jawatan Kuasa Kemajuan Kampung Mawai Baru. Sehingga kini Tabika Kemas Isyraq masih beroperasi yang dulunya milik Jawatan Kemajuan Kampung Mawai Baru....



2 ulasan:

  1. Hi cikgu Laila! saya belajar dengan cikgu tahun 2009 terima kasih sebab pernah ingat nama saya and jaga saya waktu tadika dulu. Banyak memori saya dengan cikgu , sebab cikgu Laila cikgu pertama saya hehe semoga kekal sihat ye cikgu dah lama tak jumpa, cikgu pun dah pindah huhu. Terima kasih untuk segalanya cikgu.

    BalasPadam
  2. Saya batch pertama tadika ni tahun 1995,bukan 1996

    BalasPadam